Sabtu, 29 Januari 2011

Konsep BerFikir..

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.


KONSEP BERFIKIR

  • Edward de Bono ( 1976 )
    - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
  • Dewey ( 1910 ) menegaskan :
    - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
  • Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.


Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

Read more »

Khamis, 20 Januari 2011

Kebaikan dan KeBurukAn...


Kebaikan blog:
- tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
- Melatih kemahiran menulis walaupun pelbagai bahasa.
- Melatih seni kemahiran reka digital, terutama mereka blog, kod css atau blog skin.
- Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan. (guru atau pensyarah)
-
Keburukan blog
- menyampaikan maklumat palsu, fakta salah dan berunsur fitnah
- memburuk-burukkan tokoh politik dan selebriti
- menyebarkan spam, iaitu maklumat tidak berguna utuk mendapatkan keuntungan besar dari iklan di blog
- menggalakkan penyamaran dengan tidak memaparkan nama dan wajah sebenar.
- Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang berkaitan.

Kes 1:
Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman berkata "blog mempunyai banyak maklumat yang belum tentu kesahihannya.Dengan agenda tersendiri, blog memaparkan maklumat yang berbeza atau tidak terdapat dalam arus perdana.Kesahihannya sukar ditentukan kerana sesiapa sahaja boleh menulis dalam blog tanpa mengambil kira kelayakan dalam menyampaikan maklumat yang betul",katanya dalam Sambutan Hari Telekomunikasi dan Informasi masyarakat sedunia peringkat negeri johor.
Read more »

Isnin, 17 Januari 2011

TOKOH2....Negara....

Datuk Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said)
image   Abdul Samad Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra atau Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Ketika berumur enam bulan, beliau dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja sehingga lulus Darjah IV (1940- 1946) sebelum meneruskan pelajaran dalam kelas petang di Victoria Institution. Beliau seterusnya belajar sendiri sehingga lulus Sijil Senior Cambridge pada tahun 1956.
   Setelah menamatkan pelajaran, Abdul Samad memulakan kerjaya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura. Kemudian beliau berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Setelah enam bulan di Kuala Lumpur, beliau kembali ke Singapura dan bekerja di akhbar Utusan Zaman di bawah pimpinan Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur, Abdul Samad turut berhijrah. Beliau dipujuk oleh Tan Sri A. Samad Ismail untuk menyertai New Straits Times Press (M) Bhd. dan dijadikan pengarang Berita Harian. Pada tahun 1978, beliau meminta dibebaskan daripada menjadi pengarang, lalu ditugaskan sebagai penolong khas dengan tugas-tugas tertentu seperti menulis rencana pengarang dan ‘feature article’. Kemudian pada tahun 1981, beliau mengetuai penerbitan Warta Teberau.
   Namun begitu, minat beliau dalam bidang sastera dan penulisan kreatif telah bermula sejak di bangku sekolah lagi. Sehingga kini beliau tidak pernah jemu mewarnakan dunia penulisan tanah air dan antarabangsa dalam genre novel, puisi, drama, cerpen mahupun esei. Karya pertama beliau, novel Salina telah mengangkat kesusasteraan Melayu sehingga ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjadi garis pemisah penulis lama dan baru dan antara Abdul Samad dan penulis ASAS 50. Karya besar lain yang dihasilkan oleh beliau adalah seperti Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T. Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan dan sebagainya. Terdapat juga novel beliau yang diadaptasikan menjadi teater atau drama pentas, iaitu Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie dan Di Hadapan Pulau.
  Di samping itu, Abdul Samad juga memperlihatkan kekuatan beliau dalam puisi menerusi Antalogi Liar di Api, Benih Harapan, Daun Semalu Pucuk Paku, Benih Semalu dan Balada Hilang Peta. Pencapaian dan sumbangan Abdul Samad telah mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan. Beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera pada tahun 1976 dan dilantik sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera Negara pada tahun 1979. Pada tahun yang sama, beliau juga dianugerahkan South East Asia (SEA) Write Award. Kemuncak pencapaian Abdul Samad adalah dianugerahkan sebagai Sasterawan Negara melalui Anugerah Sastera Negara pada tahun 1985. Kini beliau terus aktif sebagai pejuang bahasa yang sentiasa cuba memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dihormati dan disanjung tinggi.
Read more »

 
Allah Maha Berkuasa