Sabtu, 22 September 2012

Seni Halus - susah ke ?

Susah ke nak lukis-lukis ni. Seni tampak atau seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad. *hehehe,direct copy from wikipedia xD
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya. Jadi, tak susah laa lukisan ni. Buat je apa-apa lukisan pada kertas asalkan ada bentuk.







Cantikan lukisan diorang semua ni? Kenapa, ingat aku yang lukis ke. Tak ini semua orang lain yang punya. Tapi tak mustahil untuk lukis macam diorang semua tu kan? .

Read more »

Selasa, 5 Jun 2012

Ijtimak 2012

Masjid Jamek, Seri Petaling
Alhamdulillah . Tahun ini 2012. Insyallah satu ijtimak sedang diadakan. Bukannya untuk golongan tertentu.
Ini ialah Khas buat sesiapa yang menyebut kalimah "la illaha illah". Insyallah, tuan-tuan. 

INSYA'ALLAH PERHIMPUNAN UMAT ISLAM

IJTIMA MALAYSIA. Mei-Jun 2012, 13 Kawasan:


19hb-21hb Mei - Selangor & Wil.Persekutuan di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22hb-24hb Mei - Perak di Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25hb-27hb Mei - Pulau Pinang di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
28hb-30hb Mei - Perlis & Kedah di Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.
31hb Mei-02hb Jun - Kelantan di Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03hb-05hb Jun - Terengganu di Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06hb-08hb Jun - Pahang di Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.
09hb-11hb Jun - Melaka & Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12hb-14hb Jun - Johor & Singapura di Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15hb-17hb Jun - Sarawak (Kuching-Sibu) di Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.
18hb-20hb Jun - Sarawak (Bintulu-Miri) & Brunei di Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21hb-23hb Jun - Sabah Pantai Barat di Masjid Hj.Akbar Khan, Kg.Bingkul, Beaufort.
24hb-26hb Jun - Sabah Pantai Timur di Masjid Nur Imam, Sapagaya, Lahad Datu.

Silalah datang masjid yang berhampiran dengan anda. Insyallah, Hadirkan diri ke rumah Allah bila-bila masa.
Insyallah jika tidak sempat untuk Solat Subuh disana. Maka cubalah untuk hadirkan diri Solat Zuhur. Jika Solat Zuhur juga tidak mampu. Maka hadirkan lah diri untuk Solat Asar berjemaah di sana. Begitu juga seterusnya. Jika langsung tidak mampu. Tuan-tuan boleh iktikaf terus di Masjid tersebut. 24Jam sentiasa terbuka, seperti Restoran Mamak zaman kini tetapi lebih baik dari itu.

Datanglah lebih awal. Lebih banyak pahala. Insyallah, malaikat akan sentiasa mendoakan untuk kalian semua.
Semoga dirahmati Allah.

Orang yang panjang umurnya ialah orang yang banyak melakukan amal ibadat, menuju jalan Allah.
Read more »

Ahad, 11 Mac 2012

Allah is Everything


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.

Sometimes its make me hurt,
Even it just for a while,
Its enough to know,
I was missing you(Allah),
Missing of Allah,
Will make all of us nothing,
Without his permission,
We don't have anything, 

If everyone are missing Allah,
nothing they can do,
We must zikir to Allah,
Perhaps Allah will take care you,

We cant make lying,
Because Allah know everything,
With Zikrullah,
Will increase your relations with Allah,



Alhamdulillah,
Allah give me everything,
Even a thing, I think don't need it,
And you make me to Syukur,

Syukur Alhamdulillah,
Allah give me a special thing,
It was a deen,
And it permenantly create,

This world is create by Allah for temporary,
Without deen, without iman,
We can not done anything,
At akhirat we don't have anything,


#WE MUST SYUKUR TO ALLAH   
#ALLAH GIVE US A DEEN            
#ALLAH CREATE EVERYTHING 
#THE WORLD, THE PLANET, THE PEOPLE 
#AND EVERYTHING AT THIS WORLD FOR HIS CREATURES   


..:::... Don't you see, ALLAH IS THE OWNER OF EVERYTHING !



Read more »

Ahad, 12 Februari 2012

1, 2, kata tentang Dakwah dan Tabligh



Orang Tabligh,

Entah siapa la yang bagi nama, Sedangkan kita semuanya kan sama,
Umat Nabi SAW semuanya, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah tak ada, kalau kita tak buat, so siapa pula ?
tak kan la kerja ustaz dan ulama saja,
Yang kita ni, tak kan nak goyang kaki saja - saja ?




Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yang tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,
Yang tadi segar bugar dah tidor terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Hmm.. betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.




Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata tak ada duit,nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain pulak datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap aje memang la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong-bondong orang datang.




Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang nak sampai ke hulu,
Dari ustaz sampai le kutu,Sume nak ditemu,
Nak diajak pada Allah yang satu.




Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena,Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,Yang banyak salah,yang banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,Yang Maha Mengetahui,yang mana intan, yang mana kaca.




Orang Tabligh,
Kekadang buat silap..adat la manusia,
Memang tengah nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang mengambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.




Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,Tapi boleh makan dalam dulang yang sama,
Bila keluar jemaah semuanya dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.




Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ader banyak lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!
"Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi? Kan diri sendiri..




Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
memang nak dok rumah, bergurau senda dengan bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai la ke pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?




Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,Fikir risau,macam mana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
dan tak mau pulak jumpa masyarakat,
Just busy buat ibadat,Kalau camtu tak de la kita ni "The Best Ummat".




Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?




Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!
"Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),"
"no prob.,anytime kami ready!"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!




Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...




Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...sama seperti balik dari fardhu haji..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .sayangkan anak..rotan digantungkan..
Sunnah nabi..bukan untuk mendera..speed limit sahaja.
Kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...tak buat dakwahlah Nabi..
Tak sampailah Islam ke M'sia ni...




Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
Itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah..
if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,M'sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin..




Dipetik dan diubah daripada : 
(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)


Aku suka betul dgn karya ni..Berkali-kali baca pun tak boring..
Assalamualaikum ..
Read more »

Rabu, 25 Januari 2012

Kawan Dunia Akhirat




Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. 


Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. 

Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

~Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua.

Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT.

Dia juga MANUSIA.Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!

[BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!]
Read more »

Kekuatan Seorang Muslim

PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas,,

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih..

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat..

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama..

♥ Doa dan zikir. ♥ Itulah kekuatan seorang muslim :)

Read more »

Ahad, 15 Januari 2012

Tips : Menjadi Pelajar Cemerlang



First thing, mesti ada NIAT yang utama sekali dalam hidup korang. 

Untuk apa korang belajar, korang mesti ada AZAM untuk itu.

Dengan AZAM+NIAT kerana Allah, belajar kerana ingin mengembangkan agama ALLAH. InsyaAllah dengan izin-NYA korang akan berjaya. Ingatlah, bahawa kejayaan manusia hanya terletak pada AGAMA, sejauh mana kita mengikut perintah AGAMA selama itulah kita BERJAYA! disisi ALLAH S.W.T. .

(1)Then, korang boleh membuat perancangan HOPE korang tak gagal untuk ini. 
Pandai - pandailah korang rancang. Untuk itu, (2)korang boleh buat satu jadual. Setkan jadual tu, mengikut masa/waktu SOLAT. Secara Automatik, bila korang dengar azan. Korang dah tahu apa yang perlu buat. Ikut koranglah nak merancang macam mana. (3)Yang penting ialah berDOA dan berusaha. Sebelum korang buka buku, baca dulu DOA. [Masa Mustajab BerDoa: Klik Sini]




Belajar masa zaman sekolah adalah yang paling mudah. Kalau nak senang korang boleh (4)minta nombor Hp setiap guru yang mengajar kelas korang. Kemudian, bila di rumah. Korang boleh (5)ULANGKAJI matapelajaran di sekolah. Paling malas pun (6)pastikan semua kerja sekolah sudah diselesaikan dengan baikIkut sukalah! Jangan pening-pening. Ikut masa terluang. (7)Kurangkan aktiviti yang melalaikan (kalau tak ada lebih bagus), banyakkan berkhimat (pada ibu bapa, dll). InsyaAllah semua masa seharian korang akan diberkati ALLAH. 


ULANGKAJI, sampai korang benar-benar faham.


Akhir kata, semoga korang dapat membaiki diri dari semasa ke semasa. (8)Jaga ADAB (iaitu Sunnah  Nabi SAW, cth:ADAB masjid, Adab belajar dll) yakinlah bahawa dalam sunnah membawa kepada kejayaan, selain daripada itu gagal.
Jadikan BELAJAR sebagai Hobi. GAGAL sekali, bukan bererti GAGAL selama-lamanya.  

AMARAN !!! JANGAN GUNAKAN MASA DIANTARA MAHGRIB DAN ISYAK UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN/BELAJAR. SEBAIK-BAIKNYA GUNAKAN MASA YANG SINGKAT ITU UNTUK BERKHIMAT KEPADA IBU BAPA, ADIK BERADIK, BERIBADAT DAN SEBAGAINYA. KURANG DIBERKATI, KERANA PADA MASA ITU. MASA YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA DIMANA PINTU LANGIT TERBUKA. INSYALLAH !                 


HARGAILAH MASA 
WALAUPUN SATU MINIT !
Read more »

 
Allah Maha Berkuasa