Khamis, 13 Mei 2021

Iklan Bussiness dengan blogger

Tahun 2020 dan 2021 menyaksikan pelbagai peristiwa. Dunia semakin canggih segalanya dihujung jari. Media sosial menjadi jaringan maklumat utama. Kebanyakkan usahawan yang berjaya telah menggunakan website sebagai satu platform yang utama dalam menjalankan perniagaan mereka sedangkan ramai usahawan yang masih menggunakan media sosial seperti facebook, instagram , whatsapp dan sebagainya sebagai platform mereka berhubung dengan calon pelanggan (prospek). Jadi apa salahnya manfaatkan blog sebagai satu pendekatan dalam meningkatkan perhubungan perniagaan didalam dunia maya.



Apa pendapat anda tentang iklan bussiness dengan blogger? Letakkan pendapat anda di komen. :)

Read more »

Sabtu, 22 September 2012

Seni Halus - susah ke ?

Susah ke nak lukis-lukis ni. Seni tampak atau seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan, fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad. *hehehe,direct copy from wikipedia xD
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya. Jadi, tak susah laa lukisan ni. Buat je apa-apa lukisan pada kertas asalkan ada bentuk.







Cantikan lukisan diorang semua ni? Kenapa, ingat aku yang lukis ke. Tak ini semua orang lain yang punya. Tapi tak mustahil untuk lukis macam diorang semua tu kan? .

Read more »

Selasa, 5 Jun 2012

Ijtimak 2012

Masjid Jamek, Seri Petaling
Alhamdulillah . Tahun ini 2012. Insyallah satu ijtimak sedang diadakan. Bukannya untuk golongan tertentu.
Ini ialah Khas buat sesiapa yang menyebut kalimah "la illaha illah". Insyallah, tuan-tuan. 

INSYA'ALLAH PERHIMPUNAN UMAT ISLAM

IJTIMA MALAYSIA. Mei-Jun 2012, 13 Kawasan:


19hb-21hb Mei - Selangor & Wil.Persekutuan di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22hb-24hb Mei - Perak di Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25hb-27hb Mei - Pulau Pinang di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
28hb-30hb Mei - Perlis & Kedah di Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.
31hb Mei-02hb Jun - Kelantan di Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03hb-05hb Jun - Terengganu di Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06hb-08hb Jun - Pahang di Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.
09hb-11hb Jun - Melaka & Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12hb-14hb Jun - Johor & Singapura di Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15hb-17hb Jun - Sarawak (Kuching-Sibu) di Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.
18hb-20hb Jun - Sarawak (Bintulu-Miri) & Brunei di Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21hb-23hb Jun - Sabah Pantai Barat di Masjid Hj.Akbar Khan, Kg.Bingkul, Beaufort.
24hb-26hb Jun - Sabah Pantai Timur di Masjid Nur Imam, Sapagaya, Lahad Datu.

Silalah datang masjid yang berhampiran dengan anda. Insyallah, Hadirkan diri ke rumah Allah bila-bila masa.
Insyallah jika tidak sempat untuk Solat Subuh disana. Maka cubalah untuk hadirkan diri Solat Zuhur. Jika Solat Zuhur juga tidak mampu. Maka hadirkan lah diri untuk Solat Asar berjemaah di sana. Begitu juga seterusnya. Jika langsung tidak mampu. Tuan-tuan boleh iktikaf terus di Masjid tersebut. 24Jam sentiasa terbuka, seperti Restoran Mamak zaman kini tetapi lebih baik dari itu.

Datanglah lebih awal. Lebih banyak pahala. Insyallah, malaikat akan sentiasa mendoakan untuk kalian semua.
Semoga dirahmati Allah.

Orang yang panjang umurnya ialah orang yang banyak melakukan amal ibadat, menuju jalan Allah.
Read more »

Ahad, 11 Mac 2012

Allah is Everything


.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:.

Sometimes its make me hurt,
Even it just for a while,
Its enough to know,
I was missing you(Allah),
Missing of Allah,
Will make all of us nothing,
Without his permission,
We don't have anything, 

If everyone are missing Allah,
nothing they can do,
We must zikir to Allah,
Perhaps Allah will take care you,

We cant make lying,
Because Allah know everything,
With Zikrullah,
Will increase your relations with Allah,



Alhamdulillah,
Allah give me everything,
Even a thing, I think don't need it,
And you make me to Syukur,

Syukur Alhamdulillah,
Allah give me a special thing,
It was a deen,
And it permenantly create,

This world is create by Allah for temporary,
Without deen, without iman,
We can not done anything,
At akhirat we don't have anything,


#WE MUST SYUKUR TO ALLAH  ♥ 
#ALLAH GIVE US A DEEN            ♥
#ALLAH CREATE EVERYTHING  ♥
#THE WORLD, THE PLANET, THE PEOPLE ♥
#AND EVERYTHING AT THIS WORLD FOR HIS CREATURES  ♥ 


..:::... Don't you see, ALLAH IS THE OWNER OF EVERYTHING !



Read more »

Ahad, 12 Februari 2012

1, 2, kata tentang Dakwah dan Tabligh



Orang Tabligh,

Entah siapa la yang bagi nama, Sedangkan kita semuanya kan sama,
Umat Nabi SAW semuanya, Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah tak ada, kalau kita tak buat, so siapa pula ?
tak kan la kerja ustaz dan ulama saja,
Yang kita ni, tak kan nak goyang kaki saja - saja ?




Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yang tadi ramai, sekelip mata je dah ilang,
Yang tadi segar bugar dah tidor terlentang,
Yang sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Hmm.. betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.




Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti tak pulang,
Yang baru dapat gaji pun kata tak ada duit,nak bayar hutang,
Yang tadi sihat pun tiba-tiba migrain pulak datang,
Yang menganggur pun buat-buat sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap aje memang la senang,
Cuba buat, memang nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong-bondong orang datang.




Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang nak sampai ke hulu,
Dari ustaz sampai le kutu,Sume nak ditemu,
Nak diajak pada Allah yang satu.




Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu-dulu pun kan selalu kena,Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,Yang banyak salah,yang banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,Yang Maha Mengetahui,yang mana intan, yang mana kaca.




Orang Tabligh,
Kekadang buat silap..adat la manusia,
Memang tengah nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yang dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang mengambil masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.




Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,Tapi boleh makan dalam dulang yang sama,
Bila keluar jemaah semuanya dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.




Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, memang ader banyak lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!
"Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi? Kan diri sendiri..




Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
memang nak dok rumah, bergurau senda dengan bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai la ke pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?




Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,Fikir risau,macam mana nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat esok semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
dan tak mau pulak jumpa masyarakat,
Just busy buat ibadat,Kalau camtu tak de la kita ni "The Best Ummat".




Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?




Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!
"Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),"
"no prob.,anytime kami ready!"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!




Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...




Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...sama seperti balik dari fardhu haji..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .sayangkan anak..rotan digantungkan..
Sunnah nabi..bukan untuk mendera..speed limit sahaja.
Kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...tak buat dakwahlah Nabi..
Tak sampailah Islam ke M'sia ni...




Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
Itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah..
if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,M'sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin..




Dipetik dan diubah daripada : 
(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)


Aku suka betul dgn karya ni..Berkali-kali baca pun tak boring..
Assalamualaikum ..
Read more »

Rabu, 25 Januari 2012

Kawan Dunia Akhirat




Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. 


Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. 

Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

~Hakikatnya,dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua.

Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT.

Dia juga MANUSIA.Bersangka baiklah,dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama!

[BERKAWAN HINGGA KE SYURGA!]
Read more »

Kekuatan Seorang Muslim

PETUA IMAM SYAFIE
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas,,

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih..

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat..

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama..

♥ Doa dan zikir. ♥ Itulah kekuatan seorang muslim :)

Read more »

Ahad, 15 Januari 2012

Tips : Menjadi Pelajar Cemerlang



First thing, mesti ada NIAT yang utama sekali dalam hidup korang. 

Untuk apa korang belajar, korang mesti ada AZAM untuk itu.

Dengan AZAM+NIAT kerana Allah, belajar kerana ingin mengembangkan agama ALLAH. InsyaAllah dengan izin-NYA korang akan berjaya. Ingatlah, bahawa kejayaan manusia hanya terletak pada AGAMA, sejauh mana kita mengikut perintah AGAMA selama itulah kita BERJAYA! disisi ALLAH S.W.T. .

(1)Then, korang boleh membuat perancangan HOPE korang tak gagal untuk ini. 
Pandai - pandailah korang rancang. Untuk itu, (2)korang boleh buat satu jadual. Setkan jadual tu, mengikut masa/waktu SOLAT. Secara Automatik, bila korang dengar azan. Korang dah tahu apa yang perlu buat. Ikut koranglah nak merancang macam mana. (3)Yang penting ialah berDOA dan berusaha. Sebelum korang buka buku, baca dulu DOA. [Masa Mustajab BerDoa: Klik Sini]




Belajar masa zaman sekolah adalah yang paling mudah. Kalau nak senang korang boleh (4)minta nombor Hp setiap guru yang mengajar kelas korang. Kemudian, bila di rumah. Korang boleh (5)ULANGKAJI matapelajaran di sekolah. Paling malas pun (6)pastikan semua kerja sekolah sudah diselesaikan dengan baik. Ikut sukalah! Jangan pening-pening. Ikut masa terluang. (7)Kurangkan aktiviti yang melalaikan (kalau tak ada lebih bagus), banyakkan berkhimat (pada ibu bapa, dll). InsyaAllah semua masa seharian korang akan diberkati ALLAH. 


ULANGKAJI, sampai korang benar-benar faham.


Akhir kata, semoga korang dapat membaiki diri dari semasa ke semasa. (8)Jaga ADAB (iaitu Sunnah  Nabi SAW, cth:ADAB masjid, Adab belajar dll) yakinlah bahawa dalam sunnah membawa kepada kejayaan, selain daripada itu gagal.
Jadikan BELAJAR sebagai Hobi. GAGAL sekali, bukan bererti GAGAL selama-lamanya.  

AMARAN !!! JANGAN GUNAKAN MASA DIANTARA MAHGRIB DAN ISYAK UNTUK MENGULANGKAJI PELAJARAN/BELAJAR. SEBAIK-BAIKNYA GUNAKAN MASA YANG SINGKAT ITU UNTUK BERKHIMAT KEPADA IBU BAPA, ADIK BERADIK, BERIBADAT DAN SEBAGAINYA. KURANG DIBERKATI, KERANA PADA MASA ITU. MASA YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA DIMANA PINTU LANGIT TERBUKA. INSYALLAH !                 


HARGAILAH MASA 
WALAUPUN SATU MINIT !
Read more »

Jumaat, 25 November 2011

Bahana Upload Gamba di dalam Facebook

Bahana Upload Gamba di dalam Facebook !
sedang2 aku blogwalking dan lihat update daripada blog2 lain.
Aku malaslah nak tulis panjang2 entri ni.
Jadi, aku ringkaskan sahaja. Aku berharap entri ini dapat disebarkan. 

Lihat selanjutnya --> [Klik sini]

Korang klik je, link kat atas tue.
Sebab aku malas sangat nak tulis panjang lebar.
Harap2 korang faham.
Read more »

Tips : Ubah Nama Dalam Facebook Tanpa Had


 Tip ni cuma untuk orang yang nama dalam facebook dia dah sampai limit.
Korang boleh ubah apa-apa je nama yang korang nak.
Sampai korang sign Out.
*kalau dah sign Out macam mana nak tukar kan ??
Korang ikut je step2 nie, InsyaAllah selamat..
Cara - cara nak ubah nama jika dah sampai limit.Caranya, amatlah mudah.
Mula2 sekali, korang kena Sign in. *mestilah ..
Pergi ke Account settings,
  
Update nama korang. *Letak je nama apa - apa yang ada dalam list tu.

Lepas tu, tukar password baru. *ubah password, jangan banyak tanya kenapa kena tukar.



Security settings, klik " Deactive account " ..



Klik,
my account was hacked.


Klik, " continue " 



Klik, "continue " sampai korang jumpa benda nie.
klik,
"change" kalau korang nak ubah nama.
then, letaklah apa2 nama yang korang suka.


Kemudian, dah siap.
Boleh, gunakan Facebook macam biasa.

Selamat Mencuba !
Kalau tak tahu boleh bertanya ..

Read more »

Hargailah mata kita


Ketahuilah bahawa sepasang mata dijadikan oleh Allah SWT untuk kita mempunyai banyak faedah sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Apakah Faedahnya?
Antara faedah yang dinisbahkan kepada akhirat ialah memandang ke langit, matahari, bulan, bintang dan lain-lain agar anda dapat menjadikannya sebagai dalil dan bukti adanya Allah SWT, keesaanNya dan kekuasaanNya.
Antara faedahnya lagi ialah melihat Al-Quran, melihat jalan ke masjid dan ke tempat menuntut ilmu.
Sementara faedah yang dinisbahkan kepada dunia ialah melihat hasil usaha dan terlepas daripada sesuatu yang menyakitkan seperti jatuh dan berlaga
Bagaimana Menghargai Mata?
--> Lihat selanjutnya [klik sini] <--


Read more »

Khamis, 24 November 2011

Selamat Menyambut HARI RAYA AIDILFITRI


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Rasa mcam sekejap je dah penghujung bulan Ramadhan.. sedar xsedar dah raya..

Ok. kalo nk raye tue biarlah btull2 sikit.. dan ingat sayangilah nyawa anda..
Raya nie kite sume kena happy2 je.. so,Bergembiralah korang...


Sebelum tuh biar aku bagi ucapan sepatah dua kate..

kepada penjual Mercun tuh.. janganlah bagi budak2 beli Mercun..
                                                   
                          kepada abang2 pula.. janganlah sesekali membenarkn budak bwah umur main Mercun
xtau lah pulak kalo korang pon join sekaki.. hehe

Dan kepada semua jemput2 lah datang kerumah ye.. kalo boleh bwak sekali duit raye untok aku..


SELAMAT TINGGAL RAMADHAN AL-MUBARAK..  
sekejapnye berpuase..


akhir kate.. penat aku berucap nie..
aku nak DuET RAYE BOLEH TAK?..


SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR DAN BATIN

SEMOGA BERGEMBIRA
dan Selamat sampai ke destinasi..
-->Jangan lupe dengan adab2 ye.. [link]  dan juge [disini]

Read more »

Masjid Tertua Di Jepun

Keutuhan Masjid Kobe Di Jepun



Masjid Kobe, Jepun yang masih utuh walaupun kawasan sekelilingnya musnah dibom pada Perang Dunia ke-2 tahun 1945.

Masjid Kobe masih bertahan setelah berlaku gempa bumi pada 17 Jan 1995..
Gempa bumi ini antara yang terdasyat di Jepun & menyebabkan sekurang - kurangnya 6000 kematian.
Sumber : [Link klik sini]

Read more »

Cara Mudah mengAwal NyAmuk


 Pernahkah anda digigit nyamuk??  

Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.
Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.
Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama biasanya orang pasang kelambu.

Selain itu, terdapat juga cara2 untuk mengurangkan nyamok nie. Seperti
a)membuang air yang bertakung
b)membuang jentik2(lava nyamok)
c)menggunakan ubat jentik2
d)yang paling kita gunakan ialah dengan hempuk dye menggunakan tangan... hehe2
e)dan yang lain2 larh...ikut kreativiti kita.

    Tetapi yang inie len sikit. Kita buat perangkap pembiakan nyamok. Kita guna bahan yang murah dan mesra alam. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan y
ang murah.
Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.
1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam
Cara pembuatannya:








1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
~pastikan ia btol2 sejuk dahulu…
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
~ingat ragi didalam botol tersebut tidak perlu dikacau!!
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.
 


~SeLaMat MenCuba....


SeNang je..kan....??
!!!!!!!!!!hehe2 yang sbenanya aq pernah jugak buat benda nie....
skali je larh.... tpi xjdi... mybe sbb aq salu sgt usik botol tue da telah menyebabkan ragi tersebut terlarut dalam air……

~.: P/s : *untuk pastikan ragi tersebut tidak larut/terkacau didalam air gula merah tersebut… sila
pastikan anda telah memilih tempat yang sesuai untuk menempatkan botol tersebut.... setelah itu baru larh anda meletakkan ragi kedalam botol tersebut dan jangan cuba2 untuk menjenguk/mengerakkan botol tersebut setelah meletakkan ragi.





Read more »

 
Allah Maha Berkuasa