Pernahkah anda digigit nyamuk??
Kalau digigit nyamuk bukan sahaja gatal malah boleh membawa penyakit denggi yang membawa maut. Kata orang mencegah lebih baik dari merawat, begitu juga dengan nyamuk ni. Sebelum mereka membiak, hapuskan dahulu tempat pembiakan nyamuk.
Kalau rumah kita ada nyamuk, pelbagai cara nak membunuh atau menghalau atau menghalang nyamuk dari mengigit kita. Biasanya orang menggunakan spray nyamuk yang bukan sahaja membunuh nyamuk tapi silap-silap kita yang terkena kesan jangka panjang angkara bahan kimia ni.
Kalau nak menghalau biasanya orang menggunakan lingkaran ubat nyamuk yang baunya macam hampeh tu atau menggunakan cara moden yang menggunakan air atau kepingan yang menggunakan elektrik. Kalau nak menghalang nyamuk gunakan cara lama biasanya orang pasang kelambu.
Selain itu, terdapat juga cara2 untuk mengurangkan nyamok nie. Seperti
a)membuang air yang bertakung
b)membuang jentik2(lava nyamok)
c)menggunakan ubat jentik2
d)yang paling kita gunakan ialah dengan hempuk dye menggunakan tangan... hehe2
e)dan yang lain2 larh...ikut kreativiti kita.
Tetapi yang inie len sikit. Kita buat perangkap pembiakan nyamok. Kita guna bahan yang murah dan mesra alam. Benda ni kita boleh buat sendiri dengan bahan-bahan yang murah.
Bahan-bahan dan tool yang diperlukan.
1. Botol air minuman 1.5 liter
2. Gunting
3. 200 ml air
4. 50 gram gula merah
5. 1 gram ragi
6. Kertas atau kain hitam
Cara pembuatannya:
1. Potong botol di bahagian tengah, simpan di mulut botol dan bahagian bawah botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan sehingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
~pastikan ia btol2 sejuk dahulu…
3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida.
~ingat ragi didalam botol tersebut tidak perlu dikacau!!
4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali di bahagian atas, dan diletakkan di beberapa
sudut rumah Anda.
6. Dalam dua minggu, anda akan melihat banyak nyamuk yang terperangkap dan mati di dalam botol.
~SeLaMat MenCuba....
SeNang je..kan....??
!!!!!!!!!!hehe2 yang sbenanya aq pernah jugak buat benda nie....skali je larh.... tpi xjdi... mybe sbb aq salu sgt usik botol tue da telah menyebabkan ragi tersebut terlarut dalam air……
~.: P/s : *untuk pastikan ragi tersebut tidak larut/terkacau didalam air gula merah tersebut… sila pastikan anda telah memilih tempat yang sesuai untuk menempatkan botol tersebut.... setelah itu baru larh anda meletakkan ragi kedalam botol tersebut dan jangan cuba2 untuk menjenguk/mengerakkan botol tersebut setelah meletakkan ragi.